Agama

Adakah Anda Seorang Pelupa? Ini Amalan dan Doa Apabila Terlupa Sesuatu

Para ulama berbeza pendapat dalam memberikan nasihat tentang apa yang perlu dilakukan apabila terlupa.

#1. Berzikir mengingati Allah

Ada yang menyuruh supaya mengingati Allah, ini berdasarkan firman Allah SWT ;

وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ وَقُلْ عَسَى أَنْ يَهْدِيَنِ رَبِّي لِأَقْرَبَ مِنْ هَذَا رَشَدًا

Maksudnya: “Dan ingatlah kepada Tuhan-mu jika kamu lupa dan katakanlah: mudah-mudahan Tuhan-ku akan memberi petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada yang ini.” (al-Kahf: 24)

#2. Berselawat ke atas Nabi salallahualaihiwassalam

Ramai orang terbiasa dengan amalan berselawat ke atas Nabi salallahualaihiwassalam apabila terlupa. Amalan ini disandarkan kepada hadith Nabi yang menyebut ;

إذا نسيتم شيئا فصلوا علي تذكروه إن شاء الله

Apabila kamu terlupa tentang sesuatu maka berselawatlah ke atas aku maka nescaya kamu akan mengingatinya dengan izin Allah.

Sanad hadith ini dhaif, namun para ulama’ seperti Imam Ibn Hajar al-Haytami, al-Sakhawi dan Ibn Qayyim menerimanya sebagai salah satu amalan yang baik kerana walaupun ianya disepakati dhaif namun tidak menyalahi nass yang sahih.

#3. Beristighfar kepada Allah SWT

Diriwayatkan bahawa Abdullah bin Mas’ud RA pernah berkata;

إنّي لا حسب الرّجل ينسى العلم كان يعلمه بالخطيئة يعملها

“Sesungguhnya aku menganggap bahawa seseorang yang lupa tentang ilmu yang telah diketahuinya sebelum ini adalah disebabkan kerana dosa yang dilakukannya.”

[Sifatus Sofwah, Ibn al-Jauzi]

Riwayat Abdullah bin Mas’ud ini dikeluarkan oleh Abu Khaitsamah, Zuhair bin Harb di dalam kitabnya al-Ilm. Beliau merupakan Tabi’ul Atba’ kalangan tua (wafat 234 hijrah) serta merupakan guru Imam al-Bukhari dan Muslim.

Lupa akibat dosa, menyebabkan para ulama’ ada yang menganggap bahawa cara mendapatkan kembali ingatan yang telah dilupakan ialah dengan melakukan taubat dan beristighfar kepada Allah SWT.

Apa yang penting ialah meninggalkan maksiat dan bertaqwa kepada Allah SWT.

رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا

“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah”. (Al-Baqarah: 286).

#4. Doa Untuk Elak Tabiat Pelupa

# Lupa boleh terjadi kerana pelbagai sebab, justeru ubatnya ialah berusaha mengingati dengan berwaspada, menulis apa yang perlu diingat, berdoa, berzikir dan berisghfar serta berselawat kepada Nabi salallahualaihiwassalam.

Dua Untuk Hilangkan Sifat Pelupa/ Dua to Remove Absent-mindedness