Amalan

Masih Berusaha Untuk Hamil? Suami Isteri Boleh Amalkan Doa Ini

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan cahaya mata namun tidak semua orang peroleh zuriat setelah berkahwin. Ada yang menanti tapi masih belum ada rezeki. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH s.w.t.

Oleh yang demikian, mereka yang beriman dan percaya dengan ketentuanNYA akan redha dengan segala apa yang terjadi terhadap diri mereka. Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya perlu akur dan berserah dengan apa yang terjadi tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki zuriat.

Doa ini diantara yg baik untuk diamalkan kepada wanita yg kurang subur. InsyaAllah dengan mengamalkan dan dengan izin-Nya boleh merubahkan segala sesuatu dari yang buruk kepada yang baik untuk wanita yang mempunyai masalah kesuburan. Yang penting keyakinan kekuasaan-Nya dalam menyembuhkan.

Doa Nabi Zakaria

Robbi hablii miladunka dzuriyyatan thoyyibatan innaka samii’uddu’aa

Maksudnya:

“Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa” (Ali-Imraan:38)

Doa Nabi Ibrahim

Robbi hablii minasholihiin

Maksudnya:

“Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh.” (As-Shaffat: 100)

Doa Meminta Keturunan

Robbana hablana min azqajinaa wa zurriyatina qurrota’ayunin, waj’alna lil muttaqiina imaama.

Maksudnya:

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa (Al-Furqan: 74)

Dari ketiga doa-doa tersebut, Anda boleh memilih salah satu atau ketiganya untuk selalu berdoa kepada Allah SWT untuk diberikan keturunan yang baik-baik atas RedhaNya. Selain dengan berdoa, sebaiknya pasangan Muslim dan muslimah teruskan berusaha dan berjuang supaya dikurniakan keturunan yang soleh dan juga solehah. Sebagai umat Muslim kita harus selalu berdoa dan mensyukuri apa yang telah diberikan oleh sang Pencipta.

Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah ALLAH s.w.t. yang hebat ini.