Tips Kesihatan

Darah Tinggi? Amalkan Petua Ini, Tekanan Darah Semakin Stabil Seawal Seminggu Sahaja

Alhamdulillah Darah Tinggi saya dah ok, darah dah stabil. Saya dpt petua ni di hospital, masa tu borak2 dgn sorg makcik sblm jumpa doc. Dia bagi petua pd saya. Sebab darah tinggi saya teruk, ubat Doc tak jalan.

Memang mula2 ragu2, tapi bila cuba tak sangka seminggu je dh nampak hasil, lama2 ok semuanya, malah boleh lancarkan darah, sakit2 badah dah berkurangan..

Betul cakap norzalina zainal ni, rebusan pegaga byk khasiat. Baca niΒ πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡. Rebusan pegaga dengan akar-akarnyanyq sekali sangat bagus untuk:

  1. serikan wajah
  2. awet muda
  3. lancarkan peredaran darah
  4. ubati tekanan darah tinggi

Dan pelbagai lagi khasiat pegaga ni. Caranya mudah saja, ambil segengam pegaga dibersih dan direbus dengan 3 gelas hingga menjadi segelas air. Tapis, minum suam2 selepas sarapan @ sebelum tidur malam.

Ramai juga yang nak kan petua dari sy smlm ye. Ok petua 3 in 1 yg boleh didapati dari sejenis daun herba yang tak kurang hebatnya. Daun yang saya maksudkqn itu ialah daun pegaga 😊

Daun pegaga ni sebenarnya ada seribu satu khasiat. Selain dari rasa daunnya yang sedap dibuat ulam ia juga menjadi amalan org-org dahulu kerana dikatakan boleh mengubati pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan pelbagai lagi.

Ok seperti yang saya janjikan, dibawah ini adalah tiga petua mudah yang boleh anda buat dari daun pegagaΒ πŸ˜‰

1.Hilangkan bintik hitam
Cara membuatnya mudah sahaja. Ambil dalam 10 helai daun pegaga dan cuci dengan sesudu air garam. Selepas itu tumbuk hingga halus lalu dicampurkan dengan air garam dan bedak sejuk. Kemudian tambahkan sedikit air suam. Dah siap! Tempekkan campuran tersebut d sekitar muka pada waktu malam dan bersihkan muka pada esok paginya. Amalkan petua ini setiap malam sehingga bintik-bintik hitam di muka anda hilang.

2.Serikan wajah
Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya. Rebus dengan 2 gelas air sehingga menjadi segelas. Kemudian tapis air rebusan tersebut dan biarkan ia sejuk. Air rebusan ini boleh diminum sekali sehari selepas makan malam. Amalkan 3 kali dalam seminggu dan anda akan dapati wajah anda kelihatan lebih berseri. Cuba lah

3.Kecutkan peranakan
Bagi wanita yang alami masalah peranakan kembang atau selepas kedatangan haid boleh la mencuba petua ini. Amalkan beberapa helai pucuk pegaga dan boleh la dimakan buat ulam atau dijadikan ramuan dalam masakan. Contohnya boleh dibuat kerabu, masak lemak, dan pelbagai lagi. Sebab itu daun pegaga sangat bagus dimakan buat ulam bagi wanita yang baru lepas melahirkan.

Baiklah. Itu sahaja petua dari saya kali ini. Apa pun semua yang baik dan penyembuhan itu datangnya dari Allah. Ini hanya sbg asbab shj. Selamat mencuba petua mudah iniΒ πŸ˜‰

*share jika bermanfaat

Inshaallah sangat mujarab dan segarkan badan. Uols cuba la. Mudah saja kanπŸ˜‰

Kredit Resepi : norzalina zainal

khasiat pegaga dan cara buat jus pegaga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *