Agama

Anda Yang Masih Belum Bertemu Jodoh, Amalkan Doa Ini Agar Mendapat Jodoh yang Baik-Baik

Khusus untuk anda yang masih belum bertemu jodoh..!! Insya-Allah amalkan Doa ini supaya mendapat jodoh yang terbaik.

Doa Mendapat Jodoh Yang Baik Dalam Rumi

  • Allahhumma innii uriidu an atazawwaja,faqaddirlii minannisaa-i, a’affahunna farjan,wa ah-fazhahunna lii fii nafsihaa wa fii maalii,
  • wa ausa’ahunna rizqan,wa a’azhamahunna barakatan,wa qaddirlii waladan thayyiban,
  • taj’aluhu khalafan shaalihan fii hayaatii wa ba’da mamaatii

Maksudnya;

“Ya Allah, Sungguh aku ingin menikah. Takdirkanlah untukku perempuan/lelaki yang paling baik dalam menjaga kesuciannya, paling baik dalam menjaga dirinya terhadapku dan terhadap hartaku, paling luas rezekinya, dan paling besar keberkatannya. Dan takdirkanlah untukku seorang anak (beberapa anak) yang baik hingga Engkau jadikan dia keturunan yang soleh semasa hidupku dan setelah kematianku.”

Cara-cara berdoa agar peroleh jodoh yang baik

Pertama : Memperbaiki diri

Jika kita ingin mendapatkan jodoh yang soleh, maka seharusnya kita menjadi orang yang solehah. Itulah maksud Allah dalam firman-Nya,

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)” (QS. An-Nur: 26).

Kedua :
Tidak sesekali putus asa dalam berdoa. Jangan pernah berputus asa untuk berdoa. Doa yang baik untuk mendapatkan jodoh adalah seperti doa yang terdapat dalam surat Al-Furqon ayat 74 :

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”.

Ketiga:
Memperbanyakkan ibadah sunnah seperti melakukan solat sunat tahajjud, solat taubat, dan meluaskan pergaulan dengan orang yang baik-baik akhlak dan agamanya.

Dan sebenarnya doa mendapat jodoh yang baik bukan sahaja boleh diamalkan bagi mereka yang belum berkahwin, sebaliknya bagi yang telah berkahwin pun boleh membaca doa tersebut dengan harapan pasangan kita diberikan taufik dan hidayah serta berubah menjadi lebih baik dari sehari ke sehari.

Sekian sahaja yang saya dapat kongsikan. Dibenarkan untuk share jika rasa bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *