Agama

Inilah Doa Untuk Melembutkan Hati Seseorang Dari Jarak Yang Jauh

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Dalam mengharungi kehidupan sesama insan di dunia ini terutama sekali pasangan yang sudah berkahwin tidak dapat dinafikan berlaku konflik sehingga salah seorang membawa diri dan mendiamkan diri.

Adakalanya permasalahan ini berlanjutan sehingga bertahun dan ada pihak yang akan mula tawar hati dan sudah tidak mampu di pujuk lagi. Namun bagi mereka yang betul-betul ingin berusaha menjernihkan keadaan yang sedang keruh dan berniat untuk memperbetulkan keadaan tidak salah untuk mengamalkan doa ini.

Sahabat yang di rahmati Allah, Bacalah doa ini yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Umar Alkhattab untuk memeluk agama Islam. Baca sebanyak 19 kali dan sebut nama orang tersebut, Insha allah dengan izinnya.

 

Allahu lateefun biAAibadihiyarzuqu man yashao wahuwa alqawiyyu alAAazeez

Terjemahannya:

Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

Namanya zikir al lathiif:

  • Dibaca 19 kali dan niatkan agar Allah lembutkan hati mereka yang degil dalam menunaikan suruhan Allah, jadi hamba yang soleh dan berbaik-baik sesama muslim.
  • Cara kedua, bacakan zikir al lathiif 19 kali pada air dan beri minum pada anak agar lembut hati mendengar kata dan mudah/terang hati menunaikan ibadah.

Oleh kerana si polan dan sipolan itu jauh, cukup amalkan zikir dan doa tersebut sambil yakin berdoa agar Allah makbulkan doa kita itu. Diharap perkongsian tentang doa dan zikir melembutkan hati seseorang dari jauh di atas dapat memberikan kita kehidupan yang lebih tenang dan bahagia.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share.

Doa ini turut dikongsikan oleh Dato Ustaz Kazim Elias: Tanya Ustaz Kazim Elias – Melembutkan Hati Seseorang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *