Agama

Inilah Hukum Tampal Stiker Kalimah Al Quran Pada Kereta, Mohon Sebarkan

Dewasa ini ramai juga pengguna kenderaan yang meletakkan pelekat berunsur agama pada kenderaan masing-masing seperti ayat quran, hadith, syahadah, tazkirah dan yang seumpamanya.

Tidak ada di sisi agama suruhan yang khusus berkenaan perkara ini dan tiada juga larangan. Cuma jika mahu meletakkan pelekat bersunsur agama hendaklah dengan niat yang betul seperti niat berdakwah atau berkongsi perkara yang baik.

Dari sahabat yang bernama Abdullah bin Amr radhiallahu ‘anhu bahawasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda :

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Ertinya : “Sampaikanlah daripada aku walau pun hanya satu ayat.” (Hadith Bukhari)

Tetapi jika berniat menunjuk-nunjuk atau kerana riak maka itu adalah tidak elok dan dilarang oleh agama. Bagi yang mahu meletakkan pelekat berunsur agama pada kenderaan sayugia dengan panduan berikut ini :

  • Jika pelekat yang berupa ayat Quran atau hadith atau yang berbahasa arab elok diletakkan sekali terjemahannya kerana lebih mencapai kepada maksud.
  • Letakkan ayat Quran atau hadith di tempat yang kelihatan mulia pada bahagian kenderaan kerana memuliakan Quran dan hadith-hadith Nabi itu adalah disuruh oleh syarak.
  • Tidak meletakkan perkataan-perkataan yang menghina agama lain kerana firman Allah Taala :

وَلا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ

Ertinya : “Dan janganlah kamu semua memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah. Takut nanti mereka akan memaki pula akan Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.” (Al-An’am : 108)

  • Tidak terlalu banyak sehingga boleh menggangu penglihatan pemilik kenderaan. Ini jelas akan membawa kemudharatan.

والله أعلمُ بالـصـواب

Kredit: Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Tampal Sticker Kalimah Allah Belakang Kereta Ustaz Azhar Idrus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *