Kisah Keluarga

Jadi Menantu Jangan Sombong, Jadi Mertua Kena Ada Akal. Bila Islam Menjadi Teras Keluarga Akan Bahagia.

Mak aku kahwin dengan abah aku melalui penjodohan oleh orang tua. Kiranya, mak aku ni calon pilihan nenek aku la katakan. Kononlah !Tapi aku nak bagitau, walaupun mak aku ni calon menantu pilihan, tapi nenek aku still kurang berkenan kat mak aku sbb mak aku ni anak yatim sejak kecik (Takda mak), hanya ada bapa. kakak pun takda.

Hanya ada abang-abang dan seorang adik perempuan. So, mesti korang dapat bayangkan camna suasana mak aku membesar kan? dari segi kemas rumah, masak dan sebagainya. yes, mak aku sangat ZERO knowledge dlm hal tu. Keluarga abah aku dahlah strict nak mampus. masak kena sedap2 macam kenduri. Yes, lauk utama mesti ada, sayur, sambal belacan semua tu wajib. lauk utama kena masak mcm kari, gulai tu semua.

ok, balik cerita kat mak aku.. kesian weh mak aku sejak kawen. sebab nenek aku ni nak menantu perfect. Kemas rumah kena pandai. Masak kena sedap. kalau tak, abis kena canang satu kampung.

hmm.. Patutlah, sebelum mak dan abah aku di jodohkan, masa abah aku pegi meminang sorang anak dara cun kat kampung, tapi pinangan abah mentah2 kena tolak. Katanya nenek aku ni strict dan garang. Semua takut nak jadi menantu dia walaupun ada yang memang suka kat abah aku sbb masa tu abah aku kira pakej lengkap, ada rupa, belajar agak bagus dan kerja yang bagus.

Aku masa kecik dengan adik beradik yang lain, walaupun kitorang tinggal sekali dengan nenek, kitorang memang takut akan nenek. Nak bermanja-manja? memang tak lah. mak aku, buat semua kerja rumah. belajar masak dan buat kerja rumah dengan nenek aku yang garang tu memang stress. Alih-alih mak aku selalu lepas geram kat kitorang.

Nenek pulak, bila mak dah lepas geram kat kitorang mula lah cakap mak pukul anak sebab nak sindir dia. haha.. aku pun x tau la.. masa tu serius aku cakap aku kalau kahwin nanti tak nak ada mertua mcm nenek sebab confirm hidup stress dengan orang macam ni. Mak dah cuba buat perfect camna pun, still nenek akan cari salah dan silap dia.

Abah aku sibuk kerja. almaklumlah, nak cari duit untuk kami supaya dapat pindah. Mungkin ayah faham perasaan mak yang stress nak hadap mertua yang banyak karenah. Honest, abah aku pun banyak stress sebab kena paksa kawen. masa tu abah konon2 ada girlfriend tapi tak sure kenapa nenek tak approve. Alih-alih kawen dengan mak aku, dia just go on. Cinta berputik ke tak, aku tak pasti, sebab suka tak suka, cinta tak cinta, wujud jugak kitorang 4 beradik ! haha..

Korang bayangkanlah, mak aku beranakkan kitorang 4 orang, semua mak aku pantang sendiri. Yes, aku ni yang banyak tolong mak nak buat itu ini. Honest, aku kesian kat mak. nenek aku langsung tak mau ambik tau sakit-sakit mak aku. Masak, cuci kain, semua mak aku settle sendiri masa dalam pantang since aku masa tu kecik lagi kan.

Mungkin sebab tu la, bila aku dah start membesar dengan adik2 aku kecik lagi, mak aku selalu out of control. suka teriak2 kami tanpa sebab. Laa ni, aku dah besar, dah kawen dan ada anak sendiri baru aku faham itu, symptom-symptom nak meroyan (sebab tidak berpantang dengan baik).

Bila aku terpaksa hadap benda tu dari kecik, pernah terdetik dalam hati aku tak nak kawen sebab tak nak ada MIL macam tu. Seksa hidup weh!. haha.. Tapi jodoh tu di tangan Allah. Aku dah pun kahwin. Ada anak 2. sorang 4 tahun. sorang lagi 2 tahun. Mak mertua aku? alhamdulillah, maybe atas doa mak aku yang tak nak anak2 dia terpaksa lalui mcm apa dia lalui.. aku dapat sorang mak mertua yang sangat baik.

Sebelum kahwin, MIL aku macam tak suka aku. Perasaan aku je la. Maybe sebab beza bangsa. yes, MIL aku ni cina. Tapi dah convert muslim selepas kahwin dengan FIL aku. Mula-mula nak kawen, aku risau gak dia tak suka aku. haha.. tapi hanya mampu doa la banyak2 hope dia dapat hidayah untuk terima menantu yang simple macam aku ni. First time jumpa masa aku tunang. Dia tak banyak cakap. Hm, dalam hati aku, nyesal aku x masuk sekolah cina dulu. Kalau aku pandai speaking cina, bagus gak. Ada chance nak mengorat MIL aku kan. haha..

Lepas kahwin, aku dan suami duk sendiri. Rumah kitorang memang lain negeri dengan MIL. So, jarang jumpa. Adalah 2 bulan sekali baru jumpa. Bila balik rumah MIL, aku buat rumah dan dapur MIL mcm rumah dan dapur aku sendiri. Pastu, aku ni jenis banyak cakap. Ada je benda nak story. Dari MIL aku yang senyap pun jadi talkative.

hahaha.. Aku try semampu boleh. Alhamdulillah, ni dah 5 tahun kawen, aku dan MIL sangat baik. Sampai bab masak, MIL boleh tanya aku part nak sedapkan sesuatu resepi sebab aku suka masak. Means, MIL jenis sporting, jenis bertimbang rasa, tak push-push aku dan suami nak buat apa. Part masak pun keluarga suami aku x cerewet. masak satu lauk simple pun dah memadai.

Aku sangat suka life macam ni. MIL, FIL, SIL, BIL, Biras aku semua baik dengan aku. Kalau aku dan suami nak pergi mana-mana, kadang-kadang ajak MIL, dia mesti tak nak. Dia kata korang jalanlah.mommy malas nak kacau. nampak tak, MIL aku ni jenis sporting dan bertimbang rasa since aku dan suami aku jarang cuti..so MIL aku suka nak bagi kitorang privacy. Kalau lepak-lepak kat rumah MIL pun, aku boleh duk sembang dengan dia 3jam non-stop tau ! haha. imagine la camna aku tak happy dapat MIL yang talkative mcm aku. Pastu topic sembang pun sehati sejiwa. Lagi best, MIL aku ni bukan jenis suka memburukkan menantu lain. dia always cerita benda yang positif. thats why aku sangat bertuah ada MIL mcm dia.

Pastu, cucu-cucu pun MIL aku xda nak bezakan. Semua dia layan sama rata. Tak macam nenek aku. Semua nak beza-beza. Tapi cucu-cucu yang dia benci ni jugak yang banyak tolong dia masa dia susah dan sakit. Cucu-cucu yang dia ni tak suka jugak banyak berjaya belajar sampai masuk U. Aku bukan apalah, just pelik dengan perangai orang tua yang suka membezakan menantu dan cucu-cucu. tau tak, perangai macam tu tak bagus tau. Ia satu penyakit teruk macam kanser, kalau tak di rawat, so hilanglah keharmonian dalam keluarga.

Laa ni, nenek aku dah takda. Mak aku alhamdulillah, dah ada 2 menantu. Mak aku layan menantu-menantu macam anak. Dia tak nak menantu dia alami apa yang dia alami. MIL aku pun sama. MIL aku pernah cakap kat aku, mommy layan menantu mommy dengan baik sebab nak anak2 perempuan mommy pun kena layan bagus oleh MIL dia..Insyaallah apa yang kita buat, itulah yang kita dapat.. so berbuat baiklah supaya hasil untuk diri sendiri dan orang sekeliling pun akan baik.

Banyak yang aku belajar dari aku kecik sampai laa ni aku dah ada 2 anak. Bukan senang nak jadi senang. Jadi menantu pun jangan sombong. Kena pandai ambil hati mertua. Jadi mertua pun kena bagus, kena ada akal. Dah namanya orang tua, kenalah tunjuk tauladan dan jadi role model terbaik kepada anak menantu. Kalau dah tua, tapi otak letak kat lutut, yang muda ni dah sah-sah otak letak kat kaki.

Yang nak tambah pengetahuan tentang hubungan menantu dan mertua boleh lihat video ni:Ibu Disanjung Isteri Menanggung

Tags: hubungan dengan menantu, hubungan dengan mertua, hubungan isteri dan mertua, hubungan suami isteri, jaga hati isteri, jaga hati mertua

Yang nak tambah pengetahuan tentang hubungan menantu dan mertua boleh lihat video ni:Ibu Disanjung Isteri Menanggung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *