Tips

Makan Jamu Boleh Tapi Jamu Jenis Ini Jangan Ambil Waktu Period. Kena Faham Sebabnya

Ramai wanita hari ini yang memilih mengamalkan jamu. Tapi bagi yang baru memulakan amalan penjagaan kesihatan dalaman cara tradisional ini soalan biasa ditanya adalah ‘kalau period boleh makan jamu tak?

Bagi yang belum menemui jawapannya, Nurul Diyana Kamaludin yang juga pengasas produk jamu Suzy Honey Herbs memberi penjelasannya.

Jamu ada jenis

Soalan lazim dari customer, kalau period boleh makan jamu tak? Okay macam ni. Jamu ni terdiri dari 2 jenis iaitu herba dan rempah.

Jika jamu dihasilkan daripada rempah, jadi anda boleh makan ketika period. Rempah yang saya maksudkan adalah macam dalam gambar di atas iaitu ketumbar, halba, lada hitam dan lain-lain.

Pendek katanya, rempah ni jenis yg banyak digunakan dalam masakan. So boleh makan ketika period.

Tapi kalau jamu itu dihasilkan daripada herba, dilarang untuk makan ketika period ya. Herba yang saya maksudkan adalah seperti manjakani, kacip fatimah, serapat dan lain-lain.

Kenapa tak boleh

Kenapa jamu berasaskan herba tak boleh dimakan ketika period? Ini adalah kerana herba-herba ini berfungsi mengecutkan rahim. Jadi, bila kita makan jamu berasaskan herba, dikhuatiri akan mengganggu proses pengeluaran darah haid.

Jika darah haid tidak keluar sepenuhnya akan mengakibatkan masalah lain seperti keputihan, bau busuk, senggugut. Seeloknya ketika period, amalkan sahaja rebusan halia+serai supaya darah keluar dengan lancar.

Lepas dah habis period, baru mula berjamu balik ya. Bagi yang ada masalah tak datang period atau period on off boleh cuba jamu ni dulu:

Jamu Kunyit Asam Untuk Melancarkan Haid Tidak Teratur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *