Amalan

Jangan Sakiti Hati Ibu Kerana Doa Seorang Ibu Sangat Makbul Sehingga Membawa Ke Syurga

Doa seorang ibu adalah doa yang selalu dinanti oleh anak-anaknya dan doa yang mujarab. Perkara ini adalah kerana seorang ibu memiliki banyak keistimewaan yang tentunya Allah mengangkat darjat tinggi seorang ibu yang telah berjuang keras dan berjihad untuk membesarkan anak-anaknya dengan ilmu dan kasih sayang.

Doa ibu berbeza dengan doa yang diminta oleh orang lain yang bukan merupakan orang tua atau sebahagian orang yang terpenting dalam hidup kita. Perkara ini sebagaimana disampaikan dalam sebuah hadis bahawa, “Tiga doa yang mustajab yang tidak diragukan lagi (kemakbulannya), iaitu doa orang tua, doa orang yang berpergian (safar), dan doa orang yang dizalimi.” (HR Abu Daud)

Untuk itu, sangat logik dan rasional jika seorang anak diminta untuk selalu berbakti kepada orang tuanya dan memberikan yang terbaik untuk orang tua yang telah membesarkannya.Ini adalah kerana orang tua terutamanya seorang ibu telah berjasa besar untuk diri kita sehingga kita dewasa sehingga kini.

Dalil dan penjelasan tentang keutamaan doa seorang ibu

Di dalam Al-Quran banyak dijelaskan mengenai keutamaan orang tua khususnya seorang  ibu. Keutamaan-keutamaan inilah yang membuat doa seorang ibu menjadi doa mujarab dan doa yang memiliki keistimewaan. Untuk mendapatkan doa seorang ibu,kita harus membuat ibu benar-benar mendoakan yang terbaik dan berasal dari perasaan yang paling ikhlas dari hatinya.Janganlah sampai kita membuat ibu kita berdoa hal keburukan atau mengatakan hal yang buruk pada diri kita.

Al-Quran dan Sunnah Rasulullah telah mengajarkan banyak perkara tentang keistimewaan seorang Ibu.Kistimewaan ini yang harus difahami dan kita ambil hikmahnya. Berikut adalah penjelasannya beserta dalil-dalil yang ada mengenai sebab keistimewaan doa seorang ibu.

1.Merawat Sejak dalam Kandungan

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sehingga 9 bulan,sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: “Ya Tuhanku, tunjuklah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai. berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (QS : Al-Ahqaaf : 15)

Allah memerintahkan manusia untuk sentiasa berbuat baik kepada orang tua khususnya ibu yang telah mengandung. Mengandung selama 9 bulan, memberikan susu, dan membesarkan seorang anak bukanlah perkara yang mudah melainkan memerlukan banyak pengorbanan dan perjuangan yang besar.

Untuk itu,menjadi kewajipan seorang anak untuk mendapat doa yang terbaik dari ibu adalah sentiasa mendoakan kebaikan dan menyenangkan hati ibunya supaya merasa kebahagiaan.

2. Melahirkan Anaknya

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah, dan menyusukan sehingga usia dua tahun . Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu.” (QS : Luqman : 14)

Ibu telah melahirkan anak-anaknya dengan susah payah dan memberikan susu selama 2 tahun.Perkara ini disampaikan oleh Allah bahawa kita wajib untuk berbuat baik dan tidak mensia-siakan orang tua selagi masih ada di dunia. Doa seorang ibu yang memiliki keistimewaan ini membuat kita mendapatkan keselamatan di dunia dan akhirat. Untuk itu,sangatlah mahal doa seorang ibu.

3.Disebut 3 kali oleh Rasulullah

“Dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, beliau berkata, “Seseorang datang kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Dan orang tersebut kembali bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi?’ Beliau menjawab, ‘Ibumu.’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi,’ Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Kemudian ayahmu.’” (HR Bukhari dan Muslim)

Ibu memiliki keutamaan yang berganda sebagaimana Rasulullah sebut namanya sebanyak 3 baru kemudian ayah.Perkara ini menunjukkan bahawa ibu benar-benar memiliki keutamaan yang luar biasa.

Untuk itu,untuk mendapatkan doa terbaik dari seorang ibu,kita hendaklah kita terus berdoa untuknya, berbuat baik menjaga hatinya serta tidak menyakiti hati ibu. Banyak sekali orang-orang yang sering kali melupakan ibu saat dirinya sudah dewasa dan berjaya.Padahal,disebalik kejayaan diri kita ada seorang ibu yang benar-benar menyokong dan telah memberikan banyak pengorbanan untuk kita.

4.Memiliki Ikatan Yang Kuat

Seorang ibu, kerana telah banyak membesarkan, menyusukan, dan mendidik anak-anaknya memiliki ikatan yang kuat dan perasaan pada anak-anaknya. Untuk itu, seorang ibu biasanya sangat mengerti dan memahami apa yang terjadi pada anaknya kerana memiliki ikatan yang sangat kuat pada anak-anaknya. Untuk itu, doa seorang ibu biasanya sangat ikhlas dari penghayatan dan perasaan yang paling dalam bukan hanya sekadar di mulut saja.

Perkara ini yang menjadi keutamaan doa seorang ibu, kerana doanya dapat membuat kita benar-benar termotivasi untuk mendapatkan yang terbaik. Untuk itu, bersyukurlah bahawa ibu selalu mendoakan yang terbaik dan tidak mahu anak-anaknya untuk gagal.