Tips

Jeruk Halia, Kempiskan Perut Buncit dan Buang Angin Dalam Badan

Halia sangat signifikan dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu di Malaysia. Hampir kesemua masakan Melayu memerlukan halia. Walaupun hanya sedikit sahaja digunakan, ketidak hadiran halia menyebabkan suatu masakan menjadi serba tidak lengkap.

Selain dari dalam masakan, halia juga banyak digunakan dalam tujuan perubatan. Dalam masyarakat Melayu, halia sering digunakan untuk membuang angin dalam badan yang menyebabkan ketidakselesaan tubuh.

Halia Boleh Mengurangkan Masalah Perut Kembung
Seringkali di kaca televisyen, kita melihat iklan Eno untuk menghilangkan kembung atau ketidakselesaan perut selepas makan.

Namun sekiranya ada pilihan alternatif yang lebih organik, apa salahnya cuba untuk mengelakkan pengambilan Eno. Sekiranya kita mengalami kembung perut, kita hanya perlu cuba meminum teh halia atau kunyah sedikit halia mentah yang sudah dibuang kulitnya. Masalah kembung perut inshaAllah akan berkurang.

Halia Mengurangkan Kesakitan
Kajian mendapati bahawa, pengambilan halia diwaktu tanda-tanda awal berlakunya migrain boleh membantu mengurangkan rasa sakit tersebut.

Keadaan ini kerana, halia bertindak sebagai herba yang membantu menghalang hormon keradangan. Kajian lain turut menunjukkan halia boleh membantu merawat arthritis.

Didapati bahawa, pesakit osteoarthritis atau rheumatoid arthritis mengalami kesakitan yang lebih kurang apabila mengambil halia setiap hari berbanding mereka yang tidak mengamalkannya.

Halia Boleh Membantu Mengelakkan Kanser
Berdasarkan beberapa kajian, halia didapati mempunyai sifat melawan kanser. Di dalam kajian yang lain pula, didapati bahawa halia boleh mematikan sel kanser ovari. Terdapat kajian lain menemui makanan tambahan berbentuk halia boleh mengurangkan keradangan di dalam kolon.

Cara mudah untuk mengambil halia dalam menu seharian ialah dengan membuat jeruk halia, ianya bukan sahaja tahan lebih lama malahan lebih sedap untuk dinikmati dengan nasi:
 
Bahan-bahan diperlukan:

  • 200g halia muda
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cerek air panas
  • 1 cawan (200ml) cuka
  • 70g gula

Cara menyediakan dan memasak:

  • Masukkan cuka, garam dan gula ke dalam magkuk. Kacau sampai gula hancur.
  • Didihkan 1 cerek air.
  • Potong nipis-nipis halia. Lagi nipis lagi sedap.
  • Letakkan halia ke dalam penyejat. Curahkan air panas ke atasnya.
  • Semasa masih panas tu masukkan terus halia ke dalam cuka masam manis tadi. Halia akan berubah jadi warna pink.
  • Biarkan beberapa hari. Lagi lama lagi rasa sedap.

How to make Pickled Ginger at home | Japanese Sushi Ginger

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *