Tips

Perhatikan Jika Ada Kedai Guna Azimat Macam Ni, Keluar Cepat-Cepat Dari Kedai Tu…

Kalau pergi mana-mana kedai, tak kiralah kedai makan atau kedai runcit, dan ternampak benda-benda seperti di bawah tergantung kat situ, tinggalkan dan cari kedai lain. Mengantung azimat adalah salah satu daripada amalan syirik, dosa besar bagi umat islam. Kononnya nak buat sebagai ayat pendinding dan ayat pelaris.

Tidak payah la mencari pelaris yang belum pasti kebenarannya dan bercampur aduk dengan sihir. Bimbang nanti disebabkan pelaris itu, akidah kita boleh terpesong.

Contoh-contoh azimat yang biasa digunakan seperti berikut :

 

Azimat berbentuk jin yang diselang seli dengan ayat al-quran

 

Azimat yang mempunyai bentuk mayat yang dikafan dan jenking

 

Azimat bentuk rangka tengkorak manusia

Sebenarnya banyak lagi azimat yang mempunyai unsur yang sama seperti gambar di atas digunakan oleh mereka taksub sebagai pelaris dan pelindung. Ayat al-quran yang digunakan pun terbalik dan maksudnya jauh terpesong. Ini semua syirik,tahyul dan khurafat. Nak untung, buatlah seperti yang Islam ajar. Tak perlu nak gantung benda-benda macam tu. Amalkan sebelum keluar berniaga mulakan solat dhuha, alhamdullilah rezeki Allah bagi takkan putus. Kita patutnya tawakal,ikhtiar dan berdoa saja.

Perasan tak kenapa kedai mamak sentiasa penuh dengan orang? Kadang-kadang orang datang kedai mamak bukan nak makan pun tapi sebab ada wifi. So, zaman sekarang ni nak bagi kedai makan tu maju,pasang je wifi. Nak password wifi, kena order makan atau minum dulu 🙂

Mengikut pengalaman kami,bila ke kedai mamak,tak kisah kedai mamak makanan atau gunting rambut kebanyakkan nya mesti ada tergantung azimat ini di cashier. Allahuakbar.tak tahu nak tegur macam mana. Jadi kalau was-was beredar saja daripada kedai itu dan cari kedai lain.

Wallahua’lam.

5 tip mengenal kedai makan ada pelaris dan khadam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *