Amalan

Inilah Kelebihan Puasa Isnin & Khamis, Bukan Sekadar Dapat Pahala Diet Yang Bagus Untuk Badan Juga

Pada masa ini, di dunia barat telah berkembang suatu sistem dikenali ‘Sistem Diet 5-2’. ‘Sistem Diet 5-2’ bermaksud, puasa 2 hari dan tidak berpuasa selama 5 hari. Sistem diet ini terbukti merupakan sistem diet yang berkesan untuk menjaga kesihatan dan menurunkan pengambilan kalori.

Ketika kebaikan sistem diet ini baru diketahui, umat Islam telah mempunyai format diet 5-2 sejak 1400 tahun lalu melalui ibadah puasa sunat hari Isnin & Khamis yang merupakan kaedah puasa dua kali dalam seminggu.

Hasil Kajian

Pelbagai kajian mengenai puasa dua kali dalam seminggu ini telah banyak dilakukan. Hasilnya didapati bahawa puasa dua kali dalam seminggu dapat menurunkan risiko pelbagai penyakit ‘degenerative’ (kemerosotan /penuaan) dan menimbulkan kesan awet muda.

Selain itu banyak lagi manfaat puasa di antaranya adalah dapat menurunkan kadar kolestrol(1.), ‘oxidative stress’ (tekanan oksidatif /pengoksidaan), mengekalkan kemampuan mengingat(2.), serta meningkatkan ‘reactivity of insulin’ (kereaktifan / tindak balas insulin).

#1. Melindungi Fungsi Otak Dan Saraf

Selain itu, puasa juga akan mempengaruhi fungsi otak dan saraf. Sepanjang tempoh berpuasa iaitu selama 10-16 jam, ‘fatty acid ketones’ (asid lemak keton) akan dilepaskan ke dalam saluran darah kerana dengan adanya metabolisme lemak (Mattson, 2011, Collier, 2013). Menurut Matson, keton boleh melindungi memori dan fungsi belajar, serta melambatkan proses penyakit pada otak(2.).

#2. Mengekalkan Awet Muda

Puasa dapat mengekalkan tubuh untuk awet muda dengan lebih lama. Menurut Collier, hal ini kerana puasa dapat menurunkan stress oksidatif yang merupakan punca utama penuaan(2.). Stress oksidatif adalah keadaan yang disebabkan oleh ketidakseimbangan di antara pengeluaran oksigen reaktif dengan kemampuan tubuh untuk mendetoksifikasinya atau akan memperbaiki kerosakan yang ditimbulkannya. Menurut Mahroof dalam National Health Service (2012), semasa tubuh mencerna lemak maka akan terjadi ‘detoxification’ (penyahtoksinan), kerana kebanyakan toksin tersimpan dalam lemak akan dibuang. Sehingga, penyahtoksikan akan menurunkan stress oksidatif.

#3. Mengawal Kadar Kolestrol

Semasa berpuasa, akan berlaku peningkatan kadar HDL (Salehi M, Maghub M, 2007 Azizi, 2010). HDL berguna dalam kawalan kadar kolestrol dalam badan. kerana HDL akan membantu membuang kolestrol. Puasa menyebabkan pelbagai perubahan pada tubuh, terutama perubahan metabolisme pada tubuh.

Sepanjang tempoh berpuasa, badan tidak memperoleh sebarang pengambilan glukosa yang merupakan bahan utama dalam metabolisme. Menurut Mahroof, dalam National Health Service (2012), tubuh memasuki waktu puasa selepas 8 jam di mana seluruh proses pencernaan telah selesai. Pada keadaan normal glukosa akan diubah menjadi glikogen dalam hati, akan tetapi ketika berpuasa, seluruh glukosa akan digunakan untuk menghasilkan tenaga.

Apabila kesemua glukosa kehabisan, tubuh akan memulakan memetabolisme lemak untuk menghasilkan tenaga. Sebelum memasuki pengoksidaan di dalam sel, simpanan lemak di ‘adipose’ dan hati akan diubah menjadi asid lemak dan ‘glycerol’ (gliserol). Kemudian diedarkan ke dalam darah untuk seterusnya dimetabolismakan. Pembebasan asid lemak dan gliserol akan mengakibatkan kolesterol masuk ke dalam darah. Cetusan pembentukan HDL oleh hati dan usus halus yang dilepaskan ke darah berfungsi untuk mengangkut kolesterol dan membuangnya. Seterusnya mengelakkan kegemukan dan penyakit berkaitan obesiti.

#4. Meningkatkan Kereaktifan / Tindak Balas Insulin

Metabolisme lemak juga akan membantu tubuh untuk meningkatkan ‘reactivity of insulin’ (kereaktifan / tindak balas insulin). Rintangan insulin berkaitan dengan ‘overload lipid’ jangka panjang yang kemudian diserap oleh rangkaian sensitif insulin selain rangkaian ‘adipose’ yang disebut pengumpulan lemak ektopik(3.).

Sehingga mengakibatkan berlakunya penurunan kereaktifan insulin oleh badan (Yki-Järvinen, 2002) terhadap glukosa. Oleh kerana itu, ketika puasa di mana tubuh menggunakan lemak untuk metabolisme akan menghasilkan tenaga, maka kereaktifan insulin akan meningkat dan berlaku penurunan risiko terhadap ‘diabetes type 2’ (penyakit kencing manis tahap 2).

Penutup

Sebenarnya selain daripada  ‘Sistem Diet 5-2’, masih banyak lagi manfaat puasa untuk tubuh badan yang jika dikupas setiap satunya akan menjadi suatu penulisan yang sangat panjang. Percayalah, bahawa Allah سبحانه وتعالى sentiasa memberikan manfaat di sebalik setiap perintah dan larangan-Nya termasuk dalam sunnahnya. Akan tetapi ada syarat yang perlu kita penuhi, iaitu melaksanakannya dengan betul mengikut ajaran Rasulullah ﷺ. Salah satunya untuk melakukan sahur dan ‘iftar’ (berbuka).

Manfaat puasa Isnin dan khamis untuk kesihatan