Kisah Keluarga

Larangan Menghukum Anak dengan Kekerasan dalam Islam, Ini Cara yang Lebih Efektif

Memukul anak bukan suatu yang dianjurkan atau dibenarkan.Di dalam Islam,memukul adalah tindakan paling akhir sekali sekiranya segala nasihat,tunjuk ajar serta ancaman tidak memberikan apa-apa kesan terhadap anak.Sebelum dijatuhkan hukuman,perkara-perkara berikut perlulah diambil kira :

1)Kaji apa kesalahan anak dan cubalah berlembut dahulu

2)Tengok dulu bagaimana tabiat anak yang membawa kepada kesalah tersebut.Ada anak hanya jegilkan mata sudah mengetahui kesalahannya,ada anak kena membebel baru faham.Jadi kenalpasti apa tabiat anak dan berikan hukuman setakat yang dia mampu terima.

3)Mengenakan hukuman dan denda adalah jalan yang paling akhir sekali.Jadi sebelum peringkat denda dan menghukum,anak-anak mesti melalui proses pemahaman dahulu.Mereka perlu ada contoh tauladan yang baik di rumah dan sentiasa mendapat tunjuk ajar daripada ibu bapa.

 

Berikut Cara Menghukum Anak Yang Tidak Dibenarkan Dalam Islam :

1) Memukul Wajah
– Rasulullah S.A.W melarang memukul muka seperti sabda beliau,”Jika salah seorang dari kamu memukul,maka hendaklah dia menjauhi (memukul) wajah.”

2) Menampakkan Kemarahan Yang Ketara
– Ini juga dilarang kerana bertentangan dengan amalan Rasulullah S.A.W ,”Bukanlah orang yang kuat itu diukur dengan kuatnya dia berlawan,tetapi orang yang kuat adalah orang yang mampu menahan dirinya ketika marah.”

3) Memukul Di Dalam Keadaan Yang Sangat Marah
– Dari Abu Mas’ud alBadri,dia berkata,”(Suatu hari) aku memukul budakku (yang masih kecil) dengan cemeti,maka aku mendengar suara (teguran) dari belakangku,”ketahuilah,wahai Abu Mas’ud!’ Akan tetapi,aku tidak mengenali suara tersebut kerana kemarahan (yang teramat).

Ketika pemilik suara itu mendekati dariku,maka ternyata dia adalah Rasulullah S.A.W dan Baginda berkata,’Ketahuila,wahai Abu Mas’ud! Ketahulah,wahai Abu Mas’us!Maka aku pun melempar cemeti dari tanganku,kemudian beliau bersabda,’Ketahuilah,wahai Abu Mas’ud!Sesungguhnya Allah lebih mampu untuk (menyeksa) kamu daripada apa yang kamu seksakan terhadap budak ini,maka aku pun berkata,’Aku tidak akan memukul budak selamanya setelah (hari) ini.”

4) Bersikap Terlalu Keras Dan Kasar
– Sikap ini jelas bertentangan dengan sifat lemah lembut yang diajar dalam Islam sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W,”Barangsiapa yang terhalang dari sifat lemah lembut,maka dia akan terhalang dari mendapat kebaikan.”

5) Memukul Dengan Benda Keras Sehingga Berbekas
– Ini juga dilarang oleh Rasulullah S.A.W.Sebaik-baiknya gunakan rotan yang tidak boleh mendatangkan kecederaan dan berbekas pada kulit.Menghukum dengan rotan dibolehkan dengan tujuan untuk memberikan peringatan kepada anak.

Jangan Pukul/Tampar Muka | DATO’ DR MAZA