Sejarah

Maksud Sebenar Ayat Pada Kiswa Kaabah Yang Pasti Ramai Yang Tak Tahu

Inilah Maksud Sebenar Ayat Pada Kiswa Kaabah Yang Pasti Ramai Yang Tak Tahu

Kiswa Kaaba yang kita biasa lihat merupakan kain dinding kaabah yang penuh dengan tulisan seni, tapi kebanyakan kita masih tak tahu apa yang ditulis di atasnya kerana tulisan kaligrafinya yang ditulis dalam bahasa Arab dan khatnya yang sukar dibaca.

Kain kiswah mempunyai keunikan dan keunggulan yang tersendiri. Pintalan-pintalan benang berwarna emas mahupun perak bersatu padu merangkai barisan kalam Ilahi. kiswah menjadi sangat berharga, bukan hanya kerana firman-firman Allah SWT yang suci yang dipintal pada kiswah, tetapi juga kerana keindahan dan eksotisme pintalan benang berwarna emas dan perak di permukaannya.

Perpaduan warna emas dan perak pada kaligrafi yang menghiasi kiswah tersebut memiliki nilai seni yang luar biasa. Sebab pembuatannya memerlukan skill dan bakat yang luar biasa kerana tidak semua orang mampu membuat seni seindah itu. Kiswah merupakan simbol kekuatan, kesederhanaan juga keagungan.

Setiap tahun, berjuta-juta umat Islam dari seluruh dunia melawat tanah suci Mekah untuk melakukan ibadah haji dan umrah. Mereka yang telah melawat pasti akan menyaksikan Kaligrafi Arab ini pada Kaabah. Orang yang tinggal di sekitar Kaabah tahu apa yang tertulis tetapi sebahagian daripada kita biasanya melihat Kaligrafi Arab yang ditenun dari Emas tidak pernah memperhatikan maksud ayat yang terdapat pada kain hitam Kaabah itu.

Kain Kaabah ini dipanggil Kiswa, pada setiap 9 Dhul Hijjah, kiswa Kaabah akan diganti. Kiswa terdiri daripada kira-kira 47 jalur kain, dan setiap jalur itu kira-kira 101cm lebar dan 14cm panjang. Secara keseluruhannya, terdapat tiga baris Teks Mendatar yang ditulis di sisi Kiswa.

Baris pertama, ia ditulis Ya Allah dengan dua nama NYA iaitu Ya Hannan, di sebelah kanan dan Ya Mannan, di sebelah kiri.

Hannan bermaksud “Pengasih kepada hamba”

Mannan bermaksud “Hebat dalam Pemberian”

Dalam baris kedua, anda akan melihat ayat syahadah, “La Illaha Illa Allah Muhammad Ur Rasulullah” yang bermaksud “Tidak ada Tuhan kecuali Allah dan Muhammad SAW adalah utusan Allah”

Dalam baris terakhir pula adalah pujian yang diberikan kepada Allah, “SubhanAllah hi Wabihamdi hi SubhanAllah hil azeem”, yang bermaksud “Allah bebas dari segala jenis ketidaksempurnaan, dan semua pujian adalah untuk Allah. Allah bebas dari sebarang ketidaksempurnaan, Allah adalah yang terbesar. “

Umat Islam yang pernah melawat tanah suci Mekah dan melihat Kaabah sewajarnya tahu tentang ini dan kagum dengan fakta ini, di mana ianya masih jarang diketahui oleh kebanyakan muslim di seluruh dunia.

Allah telah memberi petunjuk kepada kaumnya, menyembahnya, dan beribadah dengan sepenuh hati. Allahu a’lam