Tips

Selalu Ada Masalah Duit dan Rezeki Sempit? Periksa 9 Perkara Ini

Dalam kehidupan sekarang memang segalanya memerlukan duit, nak masuk tandas pun perlukan duit apatah lagi kalau nak menyara kehidupan seharian. Rata-rata pasangan suami isteri perlu bekerja untuk menyara kehidupan lebih-lebih lagi bila dah ada anak.

Berapa lama duit gaji kekal dalam akaun bank anda? Paling lamapun seminggu ada sahaja bil yang perlu dijelaskan dan paling tidak seronok apabila perlu membayar hutang. Namun masalah duit ini bukan sekadar bergantung kepada jumlah gaji yang diperolehi. Ada mereka yang gaji 5 angka pun belum tentu cukup setiap bulan. Tapi ada yang gaji tak sampai 4 angka namun cukup untuk menampung segala keperluan keluarga.

Siapa ada masalah selalu tak ada duit? Tiap kali dapat gaji habis macam tu je. Sebab apa? Kenapa rezeki susah nak masuk? Perhatikan 9 perkara penting ini!

  1. Lupa tanggungjawab pada IBU & BAPA: Kebanyakkan anak lelaki selalu lupa bahawa tanggungjawap mereka kepada ibu bapa sentiasa wujud meskipun mereka sudah ada keluarga sendiri. Ramai anak lelaki sekarang mengabaikan ibu bapa dan melepas tangan tanggungjawap tersebut kepada adik beradik perempuan.
  2. Kedekut nak BERSEDEKAH: Apabila ada orang datang meminta derma atau sedekah, ramai yang memalingkan wajah dan merasakan itu hanya sindiket mengutip derma, tanpa memikirkan pahala yang boleh di perolehi jika kita ikhlas bersedekah.
  3. Suka komplen SEMUA ORANG TAK BETUL!: Ruang terbuka untuk meninggalkan komen di media sosial membuatkan ramai berani meluahkan perasaan tidak puas hati seolah-olah hanya dia sahaja yang betul.
  4. Bergaduh dengan ADIK BERADIK, putuskan SILATURRAHIM: Pergaduhan adik beradik memang selalu berlaku di sebabkan salah faham dan tiadanya sifat bertolak ansur. Lebih teruk lagi jika ianya boleh memutuskan silaturahim sehingga tidak mahu membantu satu sama lain.
  5. PENGOTOR, kotor hati, kotor akal, cakap kotor, kotor fizikal: Sikap tidak menjaga kebersihan dan mementingkan diri sendiri menjadi punca ramai yang kotor hati dan suka juga bercakap kotor.
  6. Solat ALA KADAR, Berdoa ALA KADAR: Ramai tidak mengambil peluang untuk menyerahkan jiwa dan raga ketika menghadap Allah dalam solat seharian lebih teruk lagi jika berdoa pun ala kadar hanya kerana nak mengejar tengok drama TV.
  7. MALAS, suka buang masa
  8. Tak sabar, Cepat melenting dan marah
  9. Susah nak SENYUM

Jika ada ciri-ciri kat atas ni, berubahlah agar jadi lebih baik, ok?

Mengapa Rezeki Sempit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *