Amalan

Doa Untuk Membuka Hati Orang Supaya Cepat Bayar Hutang

Sesungguhnya sangat mulia hati seseorang yang memberikan hutang kepada sesiapa yang memerlukan, meskipun kadang-kala yang memberi hutang ini juga tidaklah mewah dan hidup seadanya.

Namun, sudah menjadi budaya apabila ingin menuntut hutang itu kembali si pemberi hutang yang beria-ria dan perlu tebal muka untuk mendapatkan hak mereka kembali.

Bagi penerima hutang yang berpegang pada janji untuk membayar balik ada yang memang sentiasa berusaha untuk melunaskan hutang tersebut. Tetapi tidak kurang juga yang sengaja buat lupa dan meskipun sudah mempunyai wang untuk membayar hutang tetapi melenggahkan urusan membayar hutang kepada kawan-kawan ataupun adik beradik sendiri.

Hutang tetap hutang, dengan siapa pun kita mengambil pinjaman wang atau barang ianya perlu dikembalikan senilai dengan jumlah yang sepatutnya. Tidak kira sama ada kita meminjam dari kawan-kawan yang senang mahupun adik beradik sendiri bukan alasan untuk kita hapuskan hutang tersebut kerana mereka masih mampu hidup mewah.

Bagi mereka yang berniat agar di lembutkan hati orang yang berhutang untuk membayar hutang anda disini kami kongsikan 2 kaedah yang anda boleh amalkan:

KAEDAH 1

Hendaklah dilakukan Solat Sunat Tahajud dahulu. Selepas bacaan Surah Al-Fatihah pada raka’at Pertama dan Kedua bacalah :

  1. Surah Al-Insyirah 3X ( Alam Nashrah )
  2. Surah An-Nashr 4X ( Qul a’u zubirabin nas )
  3. Surah Al-Ikhlas 7X (Qul Huwallah hu ahad )

Selepas selesai solat hendaklah berzikir seberapa banyak yang boleh sambil berniat di dalam hati supaya dibukakan dan dilembutkan hati si anu untuk membayar hutang kita.

Zikir nya : Allah Humma Inni, A’u zubikamin, Gholabatid daini, Wasyamatatil, Aqda’a

Insyaallah jika diizinkan Allah.

KAEDAH 2

Baca surah Yaasin. Pada setiap sebutan perkataan “mubin”, berhenti seketika dan berdoa sambil menyebut nama orang yang berhutang dengan kita. Setiap kali bacaan kita bertemu dengan perkataan “mubin”, maka kita akan berdoa sambil menyebut nama orang berkenaan.

Terdapat sebanyak 9 Kali sebutan perkataan “mubin” dalam surah Yaasin. Jadi kita akan berdoa sambil menyebut nama mereka yang liat nak bayar hutang dengan kita.

Agar yang berhutang membayar hutangnya – Khalid Basalamah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *