Info

Patutlah Anak Selalu Buat Perangai Bila Dengan Mak, Ini Kajiannya Yang Ramai Ayah Tak Tahu

Selalu bila anak-anak bersama mak, mereka suka ‘buat perangai’ berbanding bila bersama orang lain. Kalau perasan, bila bersama ayahnya atau orang lain seperti atuk dan nenek, mahupun dengan cikgu kat sekolah perangai anak-anak ni elok je, mendengar kata, takde pulak nak buat hal.

Tapi jangan bila mak ada bersama, automatik perangai anak akan berubah, manja & banyak kerenah. Pening nak melayan, bila anak buat hal tak tentu pasal. Memang memerlukan kesabaran yang tinggi.

Hah, bila perkara macam ni berlaku, mula lah mak-mak ni nak tinggikan volume suara tu.

Sebenarnya, situasi ini disokong oleh sebuah kajian yang telah dilakukan oleh sekumpulan pengkaji dari Jabatan Psikologi University of Washington mendapati bahawa, prestasi kanak-kanak akan merudum sehingga 800% (8 kali ganda) apabila ibunya berada dalam bilik yang sama.

Dan lebih mengejutkan, kajian itu mendapati bahawa jika kanak-kanak itu berumur 10 tahun dan ke bawah, peratusnya meningkat dua kali ganda menjadi 1600% (16 kali ganda)!

Kajian itu telah dijalankan ke atas 500 keluarga yang mengukur kebergantungan kanak-kanak itu, menangis dan merengek, menjerit, percubaan berlaku kasat, terlupa cara untuk berjalan atau bercakap dan bersikap seperti orang bodoh.

Professor dalam bidang Perkahwinan dan Psikologi Keluarga, Dr. K.P Leibowitz menyatakan;

“Apa yang kami dapati, kanak-kanak yang berumur 8 bulan boleh bermain dengan riang dan gembira tetapi apabila melihat ibunya masuk ke dalam bilik itu, perangai mereka berubah 99.9%. Mereka mula menangis, melepaskan apa yang mereka pegang dan meminta perhatian ibunya dengan tergesa-gesa. Baki 0.01% pula mempunyai masalah penglihatan, tetapi apabila mendengar suara ibu mereka, mereka mula melemparkan barang dan meminta makanan walaupun sebenarnya mereka baru sahaja makan.

Salah seorang daripada ayah yang terlibat dengan kajian ini pula (dia mempunyai 3 orang anak) sangat terkejut dengan laporan daripada kajian ini dan berkata,

Saya selalu tertanya-tanya mengapa isteri saya tidak dapat menyiapkan kerja rumah. Rupa-rupanya kelemahan mereka (anak-anak) dan dalam masa yang sama magnet mereka adalah ibunya. Ini kerana mereka berkelakuan baik ketika dengan saya.

Ramai suami atau ayah yang tidak mengetahui perkara ini kerana si anak cuma buat perangai apabila bersama dengan ibunya.

Kajian itu juga mendapati, jika dalam situasi untuk memperbaiki disiplin mereka, 100% (semua sekali!) lebih responsif kepada kata-kata yang diucap dengan nada yang normal daripada seseorang selain daripada ibunya! Malah untuk mendapatkan respon yang sama pula, seorang ibu dalam kumpulan itu harus meninggikan suaranya pada anaknya.

Haaa, untuk para lelaki di luar sana, sekarang barulah kita tahu kan yang bukan mudah menjadi seorang ibu. Dan untuk ibu, teruslah berusaha untuk berikan yang terbaik kepada anak anda.

Kalau tak percaya boleh tengok video bayi ni pura-pura tidur supaya dia boleh bersama dengan ibu lebih lama, cerdik kan 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *