Tips Kesihatan

Perhatian Para Wanita, Inilah Petua Air Daun Jarum 7 Bilah Mencegah Kanser Rahim

Kanser rahim atau kanser serviks adalah antara kanser yang boleh dikesan pada peringkat awal sekiranya para wanita peka terhadap perubahan yang berlaku pada diri mereka.

Dengan kehadiran simptom-simptom awal kanser rahim ni, para wanita perlu segera mendapatkan pemeriksaan awal dan rawatan susulan dengan doktor.

Tanda-Tanda Awal Kanser Rahim Atau Kanser Serviks

  1. Vagina Mengeluarkan Suatu Cairan Yang Luar Biasa
  2. Berlaku Pendarahan Di Bahagian Vagina Secara Tidak Normal
  3. Kesakitan Pada Pelvis
  4. Sakit Ketika Bersama Atau Sewaktu Melakukan Hubungan Kelamin
  5. Haid Yang Berpanjangan & Berat
  6. Hilang Kawalan Pada Pundi Kencing
  7. Ketidakselesaan Ketika Membuang Air Kecil
  8. Keletihan Yang Berterusan
  9. Hilang Selera Makan Atau Berat Badan Turun Mendadak
  10. Sakit Kaki

Berikut merupakan perkongsian dari faidhatul arfah ahmad tentang petua mencegah kanser rahim pada wanita:

Assalamualaikum..

Hari ini arfah nak share tentang Air Daun 7 Duri atau di kenali Jarum 7 Bintang bagi sesetengah tempat :’). Di antara khasiatnya melancarkan peredaran darah, sesuai utk org yg mengalami masalah kembung perut dan membantu kita memudahkan untuk membuang air besar.

Khasiat air ini juga, sesuai untuk menyembuh luka. Daun ini akan menyembuhkan luka ringan di kulit anda dengan membuatnya lebih cepat kering. Selain itu, daun ini mengandungi banyak kandungan alami untuk mencegah kanser, terutama kanser rahim pada wanita.

Bahan-Bahan:

  1. Daun 7 duri 10 helai
  2. Buah epal hijau 2 biji
  3. Sedikit gula merah
  4. Air sejuk

Cara-Caranya:

1) Blenderkan ke semua bahan tersebut. Kemudian tuangkan ke dalam gelas dan minum terus. Tak payah tapis. Minum sehari sekali, dalam seminggu 3x sahaja.

Image Kredit: semuamenjadi.blogspot.com
Image Kredit: semuamenjadi.blogspot.com

Semoga bermanfaat

#TipsTradisional #TipsMengunakanBahanAlami #ResepiAirDaun7Duri#KebaikanDaun7Duri

Kredit : faidhatul arfah ahmad

Khasiat & Cara Rawatan Pokok Jarum Tujuh Bilah Untuk Pesakit Kanser