Amalan

Rawatan Penyakit Sawan Dengan Menggunakan Ayat-ayat Al-Quran

Seperti yang diterangkan di atas, maka jelaslah bahawa wujudnya gangguan pada sistem saraf pesakit sawan. Namun punca sebenar masih belum dapat disahkan sepenuhnya dan terdapat banyak hadis mengenai penyakit sawan yang menyebut tentang gangguan jin keatas pesakit sawan.

Diriwayatkan daripada Nabi Suliaman bin Daud a.s. bahawa baginda telah melihat seorang perempuan tua yang sudah beruban rambutnya, dua matanya berwarna biru, kedua-dua keningnya bertanduk, kecil betisnya, rambutnya kusut masai, mulutnya ternganga dan keluar pucuk api daripadanya, dapat membelah bumi dengan menggunakan kukunya yang tajam dan boleh memecahkan batu-batan yang besar dengan pekikan suaranya.

Nabi Allah Sulaiman bertanya kepadanya, siapakah kamu? Adakah kamu daripada jenis manusia atau jin? Kerana aku tidak pernah melihat orang yang paling hodoh selain daripada engkau. Perempuan itu menjawab: “Akulah Ummu Sibyan (Jin ibu penyakit sawan) yang dapat menguasai ke atas anak Adam lelaki dan perempuan, …”Dari Husain bin Ali r.a., ia berkata bahawa Rasulullah SAW ada bersabda: “Siapa yang melahirkan anak lalu bayi yang dilahirkan itu di azankan pada telinga kanan dan diqamatkan pada telinga kirinya, nescaya ummu sibyan (jin ibu sawan) tidak akan menganggunya.”

Abu Sulaiman berkata bahawa apabila sekumpulan sahabat berada dalam perjalanan (musafir) dan bertemu dengan orang yang terkena serangan sawan, yang tidak sedarkan diri. Salah satu sahabat membacakan Surah Al-Fatihah dan meniup di telinga beliau. Orang sawan itu segera sembuh. Apabila Nabi Muhammad s.a.w. dimaklumkan mengenai perkara ini, beliau berkata: “Ia (Surah Al-Fathiha) adalah” Ibu Al-Quran “(Ummu al-Qur’an) dan merupakan penawar untuk setiap penyakit.”

Di Pusat Rawatan Islam, pesakit sawan akan diberi ayat-ayat berikut untuk mereka amalkan dan seterusnya disertai dengan doa kepada Allah untuk memohon penyembuhan. Ayat-ayat tersebut adalah:

  • Surah Az-Zumar ayat 24 hingga 37
  • Surah Al-Hijr ayat 66 hingga 99
  • Surah Al-A’raaf ayat 43 hingga 56
  • Surah Ambiya ayat 74 hingga 81

Cara amalan ayat-ayat Al-Quran tersebut ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Az-Zumar tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah Al-Hijr tiga kali pada waktu siang. Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah swt untuk penyembuhan. Selepas membaca dua surah pertama tadi, pesakit hendaklah mengulang amalan-amalan tersebut dengan surah-surah yang seterusnya.

Adalah lebih baik sekiranya pesakit datang berjumpa dengan perawat terlebih dahulu supaya dapat kami memeriksa jikalau ada sebarang gangguan makhluk halus dan bolehlah dirawat dan diberi ayat-ayat Al-Quran yang lain yang boleh merawat gangguan tersebut. Ini kerana terdapat banyak kes di mana setelah pergi ke hospital dan mendapat rawatan dan ubat-ubatan namun tetap mengalami serangan sawan seperti sering kejang, mengigil dan berkhayal.

semoga bermanfaat. sila like & share!

Cara nak lindungi anak kita daripada gangguan jin Ummu Sibyan – Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *