Tips Kesihatan

Perkongsian Petua Rawatan Secara Islam Untuk Sakit Kepala. Jom Amalkan Untuk Yang Kerap Migrain

Petua Rawatan Islam Untuk Sakit Kepala. Assalamualaikum dan salam sejahtera, rasanya dalam masyarakat kita, penyakit sakit kepala ni bukan lagi perkara yang janggal kerana serangan sakit kepala ni boleh menyerang kepada sesiapa sahaja, lebih parah lagi kalau seseorang itu ada migrain..memang parah!

Sakit kepala boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Antara sebab-sebab utamanya ialah tekanan, pemakanan yang tidak sihat dan postur badan yang salah.

Pemakanan yang tidak sihat sering membawa kepada masalah vaskular seperti tekanan darah tinggi, keradangan dan beban toksik, dan manakala tekanan dan postur yang tidak betul pula boleh menyebabkan ketegangan otot yang boleh mencetuskan sakit kepala serta-merta.

Berikut adalah enam jenis sakit kepala yang biasa dialami oleh seseorang:

1. Sakit kepala TMJ
Disebabkan oleh masalah rahang, sendi rahang dan otot bahagian bawah muka. Ia boleh tercetus melalui laga gigi atau mengetap gigi (terutamanya pada waktu malam), ketegangan pada rahang, sendi rahang terkehel atau arthritis.

Kesakitan ini juga boleh merebak ke bahagian atas pipi, telinga atau ke bahagian bawah seperti leher dan bahu.

2. Sakit kepala sinus
Berlaku apabila sinus menjadi tersumbat atau radang. Kesakitan dapat dirasai di bahagian belakang pipi, hidung dan mata dan boleh menjadi lebih teruk apabila anda membongkok ke hadapan atau sejurus bangun tidur.

Punca umumnya termasuklah disebabkan alahan, jangkitan kuman ataupun tumor. Gejala yang berlaku boleh dikaitkan dengan migrain.

3. Sakit kepala kluster
Sejenis sakit kepala yang pedih dan menyakitkan yang terjadi beberapa kali sehari untuk beberapa bulan, kemudian kesakitannya mula pudar selama 6 bulan.

Sakit kepala ini boleh dikesan melalui kemerahan pada mata dan hidung berair.

Ia biasanya memberi kesan kepada hanya satu bahagian kepala, dan kawasan-kawasan di sekitar bahgaian atas mata. Sakit kepala ini biasanya berlaku kurang daripada satu jam dan datang pada masa yang sama setiap hari.

4. Sakit kepala yang tegang

Biasanya disebabkan oleh masalah tekanan dan kebimbangan yang mana boleh menyebabkan ketegangan otot di bahagian bahu, leher dan rahang.

Sakit kepala ini menyebabkan tekanan, tarikan dan pengecutan yang memberi kesan kepada bahagian muka dan kulit kepala.

Ia boleh berlaku untuk beberapa minit atau untuk beberapa hari, dan boleh tercetus melalui tidur yang kurang, tidak makan, keadaan yang tertekan, emosi yang berat ataupun alkohol.

5. Sakit kepala dari leher
Sakit kepala ini berpunca dari sakit di bahagian leher dan bilah bahu, tetapi anda merasakan kesakitan tersebut pada bahagian belakang kepala anda atau di pangkal tengkorak anda.

Cara terbaik untuk melegakannya adalah dengan mengesan punca utamanya, sama ada ia akibat saraf tegang, kerosakan otot, pertumbuhan tulang yang tidak normal, tisu bengkak, masalah sendi atau tumor.

Kelegaan boleh didapati melalui urutan, akupunktur, fisioterapi dan kiropraktik.

6. Migrain

Denyutan kepala menjadi teruk atau dan disertai dengan rasa mual, muntah, dan sensitif kepada cahaya atau bunyi bising.

Hal ini boleh berlaku di mana sahaja untuk beberapa minit atau jam pada satu masa. Sesetengah orang mungkin akan mengalami halusinasi visual, seperti “aura” atau titik dan lampu berkelip atau gangguan terhadap bau, sentuhan, rasa dan kebas.

Sebaik sahaja ia mula menghilang, migrain juga akan hilang, membuatkan individu yang mengalaminya berasa letih dan tidak dapat menumpukan perhatian.

Tapi tahukah anda, setiap penyakit ada penawarnya jika kita berikhtiar. Petua Rawatan Islam Untuk Sakit Kepala:

  1. Baca Surah Al-Fatihah (1kali)
  2. Baca Ayatul Kursi (3 kali)
  3. Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali)
  4. Baca Surah Al-Falaq (1kali)
  5. Baca Surah An-Nas (1kali)
  6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali)
  7. Baca Selawat atas Nabi SAW (3 kali)

NOTA: Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit..

P/s: Jangan lupa sebarkan ilmu ini kepara kawan-kawan lain semoga bermanfaat kepada kita semua..insyaAllah

Rawatan Islam Migraine, Sakit kepala:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *