Amalan

Tip Untuk Membiasakan Diri Solat Pada Awal Waktu

Sahabat, jangan sampai kita solat sekadar memenuhi kewajiban saja. Dilakukan sambil lewa, di akhir waktu pula, kerana sesungguhnya ada banyak keutamaan melaksanakan solat dengan sempurna rukun-rukunnya dan di awal waktu, lebih baik lagi jika dilakukan secara berjamaah di masjid khususnya bagi yang lelaki.

Berikut adalah keutamaan solat tepat pada waktu yang perlu kita ketahui sebagai motivasi. Semoga Allah mudahkan kita selalu solat tepat di awal waktunya :

#1 Jika tidak ada sebarang kerja yg mengikat atau urusan penting yg harus dilaksanakan, maka segera tinggalkan urusan yg tidak berfaedah seperti Facebook. Latih diri untuk segera menutup laptop atau simpan handphone kita.

#2 Pasang penggera waktu solat dalam handphone,tab atau laptop. Dengan cara ini, kita akan cepat tersedar bahawa waktu solat telah pun masuk. Segera berwuduk.

Jika datang nafsu malas dan rasa berat, katakan berulang kali kepada diri, “Allah sedang panggil dan tunggu aku menghadap-Nya sekarang!”

#3 Biasakan diri dalam keadaan sentiasa mempunyai wuduk. Duduk lima minit awal di atas sejadah sambil berzikir menunggu masuknya waktu solat.

#4 Mengetahui kelebihan solat pada awal waktu, maka kita akan berlumba-lumba untuk segera menunaikannya.

Semoga bermanfaat!

KONGSIKAN ARTIKEL INI
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah ramai yang akan mendapat manafaat.

Sesiapa Sengaja Lengahkan Solat & Tidur Waktu Solat, Kena Dengar Ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *