Tips

Tak Siram Setiap Hari Pun Tanaman Di Pasu Tetap Segar. Inilah 3 Rahsianya Yang Kita Perlu Tahu

Menanam pokok walau pun bukan semua orang mempunyai hobi nan satu ni, tapi paling tidak sekurang-kurangnya kita orang perempuan ni mesti teringin nak ada sebatang dua pokok yang ditanam dilaman rumah. Betul tak?

Paling tidak pun, mungkin tanam pokok bunga sebagai pokok hiasan penyeri laman atau pun tanaman herba untuk digunakan bila perlu. Pun begitu, untuk memastikan tanaman dijaga rapi dan disiram setiap hari, mungkin dirasakan sedikit membebankan.

Tapi tahukah anda, ada trik yang boleh dilakukan untuk pastikan tanaman tetap mendapat bekalan air walaupun anda terlupa atau tidak sempat menyiramnya. Hal ini dikongsikan oleh norlie_nature untuk manfaat bersama. Jom semak.

 

Kakak ajokan yek.. ni untuk pekebun di rumah je.. kurang sesuai untuk komersil. Iye la, kakak pun bukannya ada ladang beso2 macam kome sume. Jadi, kawan² boleh la praktikkan andai sesuai dengan kome sume..

Kakak nk share cara macamana nak supply air kat pokok² kat rumah. Ada beberapa cara kakak boleh tunjukkan..

Cara pertama:


Gguna plastik yang dah di isi air. Just cucuk dengan mata jarum. Mata jarum je tau, jangan cucuk sepanjang² jarum tu. Biar air mnitis slow je, kecik je.. tak nampak eik, tak leh bayang? Kome tengok gambo.

Cara kedua:


Tonggengkan kepala botol tu.. macamana nak cakap eik.. kome nengok pic je la. Tebuk sikit tutup botol tu sebelum tonggengkan ke pasu atau tanah.. tebuk kecik² je asal air dapat kuar..

Cara ketiga:

kome isi air dalam botol, pastu kome sambungkan kain.. hujung kain tu ke air dalam botol, hujung satu lagi kome tanam dalam tanah..

sumber : norlie_nature

CARA Terbaik Memanfaatkan BOTOL BEKAS Untuk Tanaman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *