Tips Kesihatan

Ketahui Tanda-tanda Slipped Disc Pada Tubuh Badan Anda Sebelum Terlambat

‘Slipped disc’ atau cakera tergelincir dikenali juga sebagai ‘herniated dics’ adalah suatu keadaan di mana cakera yang terletak di antara tulang belakang kita telah terkeluar dari tempatnya.

Keadaan ini menyebabkan rasa sakit dan tidak selesa pada bahagian tulang belakang dan ada juga sesetengah individu tidak mengalami apa-apa simptom yang ketara.

Walaupun simptom akibat slipped disc akan hilang selepas beberapa minggu, tetapi ada kes yang penghidapnya perlu menjalani pembedahan jika simptomnya kekal dan menjadi semakin teruk. Di dalam entri ini saya akan kongsikan tanda-tanda slipped disc dan cara merawatnya tanpa perlu jalani pembedahan.

BAGAIMANA TERJADINYA SLIPPED DISC?

Tulang belakang manusia terdiri daripada 26 tulang dipanggil vertebra. Antara setiap vertebra terletaknya pad kusyen yang bergetah dikenali sebagai “cakera.” Cakera inilah yang membantu mengekalkan tulang belakang berada di tempatnya dan juga bertindak sebagai penyerap kejutan (shock absorber).

Bentuk cakera ini seperti donut di mana di bahagian tengahnya berstruktur “jeli lembut” dan dinding luarannya keras. Slipped disc terjadi apabila bahagian tengah yang lembut itu tergelincir keluar melalui retak yang terdapat di dinding cakeranya. Kebiasaannya, slipped disc ini berlaku di tulang belakang tetapi ada juga kes berlaku di tulang vertebra leher.

“Jeli lembut” ini dipercayai melepaskan bahan kimia yang boleh mengganggu saraf sekitarnya dan menyebabkan kesakitan yang ketara. Terdapat juga kemungkinan cakera tergelincir ini menekan saraf dan menyebabkan kesakitan.

TANDA-TANDA SLIPPED DISC

Slipped dics boleh mengakibatkan rasa sakit pada satu atau lebih anggota badan. Terdapat juga segelintir individu yang tidak mengalami sebarang tanda-tanda akibat slipped disc terutamanya jika disc tidak menekan pada mana-mana bahagian saraf.

Namun demikian, antara tanda-tanda yang biasa dialami individu dengan slipped disc :

  • rasa kebas – berlaku di bahagian badan yang sarafnya terjejas
  • lemah otot – bahagian otot yang dibekalkan oleh saraf yang terjejas itu boleh menjadi lemah, menyebabkan kesukaran ketika berjalan.
  • rasa sakit – slipped disc yang berlaku di bahagian bawah belakang, kesakitan biasanya di bahagian punggung, paha, betis dan, mungkin, kaki; ini sering dirujuk sebagai sciatica kerana kesakitan dirasai di sepanjang saraf sciatic. Jika masalah slipped disc terletak di leher, sakit biasanya memberi kesan kepada bahu dan lengan.

Kesakitan yang dialami akibat slipped disc agak mengganggu urusan kita seharian. Selain dari bergantung pada ubat tahan sakit bagi mengurangkan kesakitan, ada beberapa cara boleh dilakukan untuk bantu melegakan kesakitan.

Jika anda mengalami rasa sakit yang semakin teruk dan gangguan pada fungsi pundi kencing dan usus, segeralah berjumpa dengan doktor. Bincang rawatan yang perlu diambil dan jangan biarkan ianya melarat. Jika tidak, anda mungkin akan alami komplikasi kronik seperti lumpuh dan pilihan yang ada hanyalah pembedahan kecemasan untuk kembali sembuh.

FAKTOR PENYUMBANG KEPADA BERLAKUNYA SLIPPED DISC

Beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada masalah slipped disc, termasuklah :

1. Faktor mekanikal : kedudukan atau postur badan yang tidak betul semasa melakukan kerja-kerja berat, mengangkat barang-barang berat, bersukan atau berat badan berlebihan yang mengakibatkan berlakunya tekanan berterusan pada struktur tulang belakang.

2. Faktor nutrien : kekurangan nutrien yang menyebabkan kemerosotan stabiliti dan elastisiti otot serta kerapuhan tulang (osteoporosis) akibat peningkatan usia.

3. Faktor trauma : pernah mengalami kemalangan, terjatuh atau kesilapan semasa pergerakan aktif atau sewaktu berkerja yang menyebabkan kecederaan otot atau patah tulang belakang.

4. Faktor Genetik : Sesetengah individu mungkin sudah mengalami kemerosotan fungsi disc sejak lahir kesan dari pembawaan dari genetik.

Rawatan Slip Disc tanpa pembedahan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *