Hiburan

Tunai Umrah Di Bulan Ramadan, AC Mizal Mohon Doa Peminat Agar Dipermudahkan Umrah Sekeluarga.

Pengacara Datuk AC Mizal telah berangkat ke tanah suci Mekah semalam, untuk menunaikan ibadah umrah bersama isterinya, Emylia Rosnaida.

Menerusi entri Instagram (IG), AC Mizal mengambil kesempatan memohon peminatnya supaya mendoakan perjalananya ke tanah suci akan dipermudahkan.

“Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar, doakan kami ya selamat pergi dan pulang. Amin,” tulisnya.

VIDEO:

Ini merupakan kali pertama mereka menjejakkan kaki di tanah suci Mekah sebagai suami isteri pada bulan Ramadan.

Rata-rata pengikut IG turut mendoakan agar perjalanan serta ibadah AC Mizal berjalan lancar.

Pereka fesyen, Fairuz Ramdan juga turut menyertai rombongan AC Mizal menunaikan ibadah umrah.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Foto: Instagram

Sumber; Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *