Tips

Betul Ke Vicks VapoRub Dapat Kurangkan Stretch Mark Selepas Bersalin?

Apa? Vicks VapoRub dapat kurangkan stretch mark? Saya mula baca pun macam tak percaya. Selalunya kita tahu Vicks ni gunanya bila kita batuk, selsema ataupun untuk disapu pada otot & sendi. Tak pernah pula tahu yang Vicks ini dapat mengurangkan stretch mark.

Saya terjumpa satu website yang mengatakan Vicks VapoRub dapat mengurangkan stretch mark.Walaupun ditegaskan tiada bukti langsung saintifik bahawa Vicks VapoRub atau mana-mana lain mentholate wap gosok mempunyai kesan ke atas stretch mark, terdapat beberapa bukti anekdot bahawa menggosok menggunakan Vicks VapoRub boleh mengurangkan atau menghapuskan penampilan stretch mark pada kulit.

Cara-cara pengunaan Vicks VapoRub untuk mengurangkan stretch mark adalah:-

  1. SapukanVicks pada waktu malam, sebelum tidur.
  2. Gosok Vicks pada stretch mark anda dalam gerakan membulat.
  3. Tidur dengan hanya pakaian longgar selepas Vicks disapu.
  4. Basuh sebarang kesan sapuan Vicks keesokan harinya.
  5. Ulangi sapuan Vicks setiap malam selama dua minggu dan terus menggunakan sapuan Vicks setiap malam sehingga anda mencapai hasil yang diinginkan.

Amaran!!

Procter & Gamble (P&G) tidak membuat sebarang jaminan mengenai keberkesanannya dalam merawat stretch mark. Vicks akan menghasilkan rasa panas ataupun hangat apabila ia digunakan untuk kulit anda.

Tetapi jika anda rasa kulit membakar ataupun terdapat sebarang tanda merah atau bengkak, anda dinasihatkan untuk memberhentikan penggunaanVicks serta-merta dan membersihkan produk tersebut dari kulit anda serta-merta. Berjumpa doktor jika keadaan anda tidak bertambah baik dalam tempoh satu jam.

Vicks vaporub Simple Home Remedies To Remove Stretch Marks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *