Info

Walaupun Panas dan penat, Azrinaz Mazhar kongsi pengalaman puasa bersama suami di Palestin

Meskipun telah selamat bergelar sebagai suami isteri pada pertengahan bulan Mei lepas, personaliti TV Azrinaz Mazhar Hakim dan suaminya, Fairos Khan kini telah ‘terbang’ ke bumi Palaestin untuk berbulan madu, sekali gus meraikan suasana berpuasa di sana.

Terbaru, Azrinaz telah berkongsi gambar di akaun Instagramnya di sekitar Palaestin. Beliau telah berkongsi pengalamannya berpuasa di sana dengan keadaan cuaca panas terik dan penat tetapi dalam masa sama pengalaman itu tidak dapat dilupakan dan sangat gembira.

https://www.instagram.com/p/BjGngdglebu/?utm_source

Video Azrinaz.

Azrinaz pernah berkahwin dengan Sultan Hassanal Bolkiah pada tahun 2005 dan hasil perkahwinan pasangan diraja itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata Pengiran Muda Abdul Wakeel, 12 tahun dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 10 tahun.

Azrinaz Mazhar Ha­kim telah menamatkan zaman jandanya pada 1 Mei lepas dan diijabkabulkan Fairos Khan Abdul Hamid.

Sumber : Azrinaz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *